Berjinak-jinak pakai tudung, peminat doa Mawar Rashid terus kekalkan imej itu

Bulan Ramadhan akan melabuhkan tirainya dalam beberapa hari sahaja. Setiap amalan yang dilakukan semoga mendapat pahalan dan keberkatan dri Yang Maha Esa. Bulan suci inilah umat Islam merebut peluang untuk berbuat amalan yang disayangi Allah SWT.

Para selebriti juga telah mengambil kesempatan untuk berjinak-jinak mengenakan hijab antaranya, Nur Fazura, Siti Sarah, Puteri Aishah dan terkini Mawar Rashid.

Mawar atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri Binti Wan Abdul Rashid telah memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagramnya yang melihatkan beliau tampil manis dan anggun mengenakan hijab.

Manis berhijab.

Muka comel Mawar.

Mawar bersama suami, Raff Yaakob.

Rata-rata peminat Mawar telah meninggalkan komen dalam ruangan gambar tersebut dan memuji kecantikan Mawar yang cantik bak bidadari. Mereka juga mendoakan agar Mawar terus kekalkan imej Muslimah itu.

Semoga kekal berhijab.

Manis berhijab.

Sumber : ohmymedia