“Selalu nampak dia kat surau & jadi imam…” – Sifat warak suami Anzalna Nasir jadi bualan netizen

Memiliki personaliti lemah lembut dan bersopan santun, tidak dinafikan pelakon Anzalna Nasir mempunyai kecantikan dalaman dan luaran.

Walaupun jarang berkongsi mengenai kisah rumah tangga di laman media sosial setelah mendirikan rumah tangga bersama suaminya Hanif Zaki, tetapi pasangan sama cantik sama padan ini sering mencuri tumpuan peminatnya.

Terbaru, pelakon drama bersiri Dendam Aurora itu memuat naik ‘screenshot’ berkenaan suaminya apabila seorang individu memberitahu Hanif pernah menjadi imam ketika menunaikan solat di sebuah pusat membeli belah.

“Kadang-kadang kita tak tau apa yang pasangan buat dibelakang kita. Tetapi jangan risau, sebab ada orang yang akan menyampaikan! Thank you @hananiezakaria! Sememangnya @hanif_zaki seorang suami yang baik alhamdulillah.

“Anzalna doakan semoga kebahagiaan hak milik kita semua kerana, dirimu begitu berharga! Rasa macam buat iklan pula! Hahahahahhahahaha,” ujarnya menerusi ruangan kapsyen di laman Instagram miliknya.

Turut disertakan tanda pagar #ShoppingTapiSolatTakDilupakan #LelakiYangBaikUntukWanitaYangBaik yang menyifatkan perbuatan baik seseorang individu akan dibalas dengan pasangan selayaknya untuk mereka.

Perkara tersebut menerima pelbagai komen positif daripada netizen yang rata-rata menyatakan kakak kepada pelakon Afifah Nasir itu sangat beruntung kerana memiliki suami yang menjaga hubungan dengan Allah SWT.

Alhamdulillah, bahagia sampai syurga…

Untung dapat suami macam tu…

Syukur, bertuah sis!

Suami jadi imam? Anugerah terindah…

Tidak kurang ada juga individu yang mendedahkan bahawa selalu terserempak dengan suaminya ketika menunaikan solat serta mempunyai perwatakan baik dan peramah.

Sumber : ohmymedia