Rancak dan menghiburkan, lagu Lavida Raya nyanyian Dato’ Seri Vida kini #trending no1

Usahawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Dr. Hajah Vida amat sinonim dengan pakaian berwarna merah jambu yang sentiasa ‘disinari’ kilauan ‘blink-blink’ dan pakaiannya itu sering menjadi perhatian masyarakat yang hadir di majlis keramaian.

Vida atau nama sebenarnya  Hajjah Hasmizah Othman bukan sahaja mempunyai kemahiran dalam memajukan perniagaan kosmetiknya itu, malah beliau juga mempunyai kebolehan dalam bidang nyanyian.

Sebelum ini,  popular dengan lagu ‘I Am Me’ yang dicipta oleh Edry KRU telah mendapat sambutan yang baik dari masyarakat dan rata-rata netizen telah membuat parodi lagu tersebut.

Terbaru, Vida sekali lagi tampil dengan lagu raya berjudul Lavida Raya hasil ciptaan Cat Farish dan lirik oleh Mohd Helmi. Video yang dimuat naik pada Jumaat lepas telah kini telag mendapat lebih dari 300,000 tontonan.

Lagu Lavida Raya kini ‘trending’ di Youtube.

Muzik video yang meriah dan terasa kehangatan suasana raya.

Terima kasih semua.

Gara-gara lagu yang menjadi trending itu, Vida telah memuat naik status di akaun Instagramnya dengan meluahkan rasa syukur apabila lagu tersebut mendapat sambutan baik dari orang ramai.

Menerusi kapsyen Vida, “Tq Sayang, tak sampai 24 jam, trending No 1, Walau saya rasa down sangat.. Tapi sokongan ini.. Bagi saya kekuatan. Cik B mmg Havoc.. Tak nak Jangok.. Mujur juga nak pakai baju raya..Nak juga make Up.. Handbag tak nak”

Rata-rata netizen telah meninggalkan komen dalam ruangan status tersebut. Rata-rata mereka turut terhibur dengan muzik video dan lagu DSV yang rancak dan meriah itu.

Best lagu DSV ni!

Lagu raya rancak tahun ni!

Ceria je dengar lagu raya DSV.

Lagu DSV semua best.

Tengok ulang kali video klip ni

Sumber : ohmymedia