“Sedia Membantu Jika Perlukan Bantuan…”- Fattah Amin Terkejut & Simpati Keadaan Yang Menimpa Fendy Bakry

Pelakon drama popular Mr. Grey telah tular dengan kontroversi mengenai dirinya yang telah dilaporkan mengalami sakit misteri beberapa bulan yang lalu. Baru-baru ini juga dikhabarkan bahawa keadaan kesihatan pelakon kacak tersebut semakin pulih daripada penyakitnya.

Berikutan hal yang melanda diri Fendy Bakry, ramai antara rakan artis yang terkejut mendengar dia mengalami sakit misteri. Salah satu selebriti tersebut adalah Fattah Amin. Mereka menjadi rapat menerusi pertandingan Hero Remaja pada tahun 2012.

Menurut sumber, Fattah berasa sangat terkejut dan simpati atas apa yang berlaku kepada rakan baiknya itu. Malah, Fattah Amin juga sempat menanyakan khabar mengenai keadaan Fendy Bakry. Malah, ada ura-ura mengatakan kesemua finalis Hero Remaja yang lain turut mencari ikhtiar untuk melancarkan tabung khas untuk Fendy Bakry.

Fattah Amin juga dikatakan bersedia membantu rakannya itu jika dia memerlukan sebarang bantuan. Menurut sumber lagi, Fattah turut menjelaskan bahawa buat masa sekarang dia belum mendengar cadangan untuk mengumpul dana bagi Fendy Bakry. Namun kalau sudah pasti, dia tidak mahu melepaskan peluang untuk sama-sama membantu.

Sumber: Hangat.com