Kena ‘Bangang’ Sebab Derma Kepada Kerajaan, Ini Respon ‘Win’ Nurul

Pada mereka yang tak tahu, kita boleh meringankan beban hutang negara dengan menyumbang wang kepada Tabung Harapan Malaysia (THM). Menurut laporan dari Sinar Harian,  penubuhan tabung itu diumumkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir selepas mesyuarat Kabinet bagi membolehkan Kementerian Kewangan menguruskan sumbangan rakyat secara sistematik dan telus.

Nurul Depp Antara Yang Menyumbang

Terdapat ramai rakyat Malaysia sanggup memberi derma kepada kerajaan selepas mengetahui kedudukan kewangan negara termasuklah penyanyi Nurul Deep yang tidak melepaskan peluang untuk meringankan beban negara.

Namun di sebalik niat murni Nurul itu, ada juga netizen tidak bersetuju malah mencacinya di ruangan komen. Nurul dipanggil ‘bangang’ oleh netizen kerana menderma duit kepada negara. Namun respon Nurul menjawab tuduhan kasar ini sangat ‘Win’ dan harus diberi pujian.

“Lebih baik bangang dari bongkak dan tamak haloba. Thanks for sharing”

Biasalah! Namapun pembangkang yakni tidak menyokong kerajaan Pakatan Harapan maka tiada apa yang betul di mata mereka. Namun kami puji dengan sikap segelintir netizen yang mempertahankan niat Nurul yang memilih untuk menderma duit demi negara tercinta.

Sebenarnya, sumbangan rakyat untuk membantu kerajaan dan pihak berkaitan bukan baharu. Bagi kami di hangat.com, bukanlah wang menjadi ukuran, tetapi ia memberi makna mendalam kepada maksud kecintaan kita kepada negara.

Apa lagi ditunggu. Marilah kita rakyat yang cintakan negara ini terus sumbang untuk membantu kerajaan membayar hutang yang sangat banyak itu.

 

Sumber: Hangat.com