Kehilangan Terjawab! Anita Sarawak Dilaporkan Menderita Sakit Kanser

Begitu ramai yang tertanya kemanakah penyanyi Ithnaini M.Taib atau lebih dikenali sebagai Anita Sarawak menghilangkan diri. Selepas bercerai dengam suaminya pelbagai spekulasi terus melanda. Ada yang mengatakan di kini menyanyi di sebuah kelab di Las Vegas, ada yang mendakwa dia merajuk dengan keluarganya dan pelbagai andaian lain telah tersebar.


Dokumen rumah Anita di Las Vegas yang sudah dijual

Menerima Rawatan Sakit Kanser

Terbaru, setelah hampir 7 tahun menghilangkan diri tanpa sebarang khabar berita, Anita atau lebih mesra disapa sebagai Kak Nita kini dikatakan sedang menerima rawatan bagi penyakit kanser yang dihidapinya di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur. Ternyata khabar berita ini mengejutkan industri apatah lagi kehilangannya sebenarnya kerana penyakit kanser yang dihidapi.

Kak Nita Mohon Tidak Buka Mulut

Dalam perkembangan lain, khabarnya terdapat artis veteran yang juga sahabat rapatnya sudah menziarahi penyanyi lagu Seksis ini namun atas permintaan Kak Nita, dia memohon untuk tidak menghebohkannya.

Malah lebih mengejutkan, wajah penyanyi ini juga sudah jauh berbeza sehingga peminat sukar untuk mengenalinya. Sehingga kini, khabar berita ini masih belum disahkan oleh pihak keluarganya. Yang pasti ramai yang mengharapkan ‘merajuk’ Kak Nita sudah terubat dan kembali ke persada seni.

Sumber : hangat.com