“Mungkin Kami Pernah Kenal, Saya Sendiri Tidak Mahu Memanjangkannya”-Syafiq Kyle Jawab Semua Persoalan!

Ahad lalu tular di media sosial dengan video panas yang melibatkan aktor Syafiq Kyle. Hero drama Nur itu berdiam diri selama isu itu menjadi viral dan akhirnya semalam beliau memuatnaik status sekaligus membuat sidang media menjelaskan segala persoalan.

Berikutan tentang video itu, Syafiq menyerahkan kepada masyarakat sama ada lelaki di dalam video itu adalah dia atau bukan. Walau bagaimanapun aktor ini tidak mahu memanjangkan isu ini dan mahu fokus pada hidup dan kerjaya akan datang.

Tujuan Syafiq membuat sidang media ini juga adalah untuk menjawab segala persoalan dan tidak elok baginya isu ini dibiarkan semasa bulan Ramadhan. Syafiq juga akui dia insan yang bertanggungjawab untuk menghentikan isu ini, malah dia menganggap ujian yang menimpa dirinya akan mematangkan diri pada masa akan datang.

Jelas aktor ini lagi, penularan video itu sudah diketahui dua tahun yang lalu namun dia tidak pasti kesahihannya. Malah dia juga tidak tahu kalau ada ura-ura mengatakan video itu dijual di pasaran gelap.

Sebagai manusia pasti kita melakukan kesilapan, walaupun tular namun Syafiq enggan melihat video-video itu dan dia juga tidak menyangka hal ini tersebar semasa di bulan yang lagi mulia ini, Ramadhan.

“Sejujurnya saya tidak mahu tengok video-video itu sejak ia tular dan dikongsikan di media sosial. Saya tidak sangka ia jadi sebesar ini dan terjadi pada bulan Ramadan, di mana sepatutnya menjadi bulan saya membersihkan dosa-dosa lampau saya,” 

Ditanya pula kalau Syafiq mengenali individu bernama Mira di dalam video panas itu dan ini jawapannya..

“Mungkin kami pernah kenal, saya sendiri tidak mahu memanjangkannya”

Reaksi keluarga

Sedang dirinya dilanda ujian, pasti kita tertanya-tanya apakah perasaan dan reaksi keluarga bila mengetahui tentang isu ini. Syafiq menjawab orang yang paling terkesan dan kecewa adalah ibunya. Aduhai sebaknya..

“Ibu saya menangis sebelum dia jumpa saya berbincang tentang perkara ini. Sudah tentu dia sedih kerana laman berita yang melaporkan berita-berita kerjaya dan kejayaan saya bertukar melaporkan berita paling buruk anak dia.

Namun, dia bersyukur kerana ahli keluarga masih menokongnya walaupun isu panas ini terpalit pada dirinya, pasti ia terpalit juga pada keluarganya.

“Saya tahu apa yang terjadi ini memberi kesan juga pada kehidupan mereka, saya sendiri kena bangun tunjukkan sesuatu yang positif agar mereka tidak bimbang dengan keadaan saya,”

Sumber : kisahdunia