Buktikan gemuk mampu berubah. Berjaya hilang lebih 15kg, Abam seru orang gemuk lain untuk berhijrah

Sejak dari awal April yang lalu, pelawak Abam Bocey semakin giat bersenam untuk menurutkan berat badannya. Beliau yang sebelum ini memiliki berat badan asal 188 kilogram telah berjaya mengurangan sebanyak 15 kilogram  tempoh 3 minggu dengan melakukan rutin diet dan senaman.

Beliau yang mengalami masalah berat turut menyeru orang yang mengalami masalah berat badan berlebihan untuk mengubah gaya hidup mereka supaya tidak lagi diperlekehkan oleh orang lain.

Jangan biarkan diri terus diperlekehkan orang lain.

 

Masih ada gemuk yang tidak keluar untuk berubah. Jangan malu untuk keluar wahai kaum-kaum gemuk. Sebab gemuk is awesome. Jom kita keluar untuk buat sesuatu supaya orang tidak memperlekehkan kaum gemuk. Buktikan yang gemuk mampu berubah dan buat sesuatu yang diluar jangkaan.

Alhamdulillah, dah nampak perubahan Abam. Semoga berusaha!

Peminat Abam yang berasa kagum dengan semangat kental yang ditunjukkan oleh pelawak kegemaran mereka itu untuk menjayakan misi mengurangkan berat badannya telah meninggalkan komen-komen memberi semangat di Instragram milik  Abam.

Tidak kurang pula yang mengucapkan tahniah setelah melihat perubahan bentuk badan Abam yang dikatakan semakin mengecil berbanding dengan sebelum ini.

Gemuk is awesome!

Abam Bocey yang terkenal dengan tagline beliau #gemukisawesome itu dilihat sering berkongsi di Instagram gambar-gambar beliau sedang bersenam bagi memberikan inspirasi kepada mereka yang memiliki saiz badan yang besar sepertinya.

Sumber : ohmymedia