Allahu, kedekutnya para-para suami dengan isteri-isteri mereka, nak potong gaji 2% pun nak berkira ke?

Baru-baru ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah telah mengumumkan yang beliau akan bertemu dengan Ketua Pegawai Eksekutif KWSP pada minggu depan bagi membincangkan tentang cara terbaik untuk melaksanakan caruman KWSP kepada golongan wanita yang bergelar surimah.

 

Pertemuan Datuk Seri Wan Azizah yang juga merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu merupakan langkah awal kerajaan untuk merealisasikan manifesto PH memperkenalkan skim caruman KWSP untuk suri rumah itu yang merupakan antara 10 janji yang perlu dipenuhi dalam tempoh 100 hari kerajaan Pakatan Harapan.

 

Setakat ini, difahamkan caruman ini akan melibatkan pemotongan gaji suami sebanyak 2% dan sumbangan sebanyak RM50 daripada kerajaan bagi mereka yang layak.

Baguslah langkah ni, sekurang-kurangnya ada simpanan sendiri.

Netizen berasa gembira dengan langkah kerajaan baru kerana melihatnya sebagai sebuah tindakan yang wajar dilaksanakan sejak dari dahulu lagi bagi membela nasib golongan suri rumah.

 

Tak logik langsung cadangan ni. Manifesto PRU kau yang buat, kenapa kami pulak yang kena bayar?

Meskipun cadangan ini dianggap baik kerana membantu golongan suri rumah untuk menyimpan, namun terdapat beberapa pihak yang tidak bersetuju dengan langkah kerajaan untuk memotong gaji bulanan suami sebanyak 2% untuk dicarumkan ke dalam akaun KWSP isteri.

 

Bila sebut bab potong gaji je, terus melatah para suami.

 

Fikir masak-masak, cari alternatif lain dan kalau boleh jangan melibatkan gaji suami.

Sumber : ohmymedia