“Tudung YB kadang-kadang terselak, sampai nampak …” – Pakai tudung singkat, netizen nasihatkan YB Nurul Izzah supaya lebih sensitif

 

Netizen di Malaysia sememangnya terkenal dengan sifat prihatin mereka kerana tidak pernah lokek untuk memberikan nasihat dan memperbetulkan kesalahan orang lain, terutamanya apabila melibatkan isu aurat wanita.

Terbaru, YB Nurul Izzah telah ditegur oleh seorang pemanggil supaya lebih berhati-hati menjaga aurat ketika berada di luar.

Nurul Izzah yang dijemput hadir ke studio FBI Live oleh Faisal Ismail sebagai tetamu jemputannya. Di pertengahan rancangan itu, Faisal telah menjemput para pemanggil untuk bertanyakan sebarang soalan kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Seorang pemanggil yang memperkenalkan dirinya sebagai Azrul telah memanggil studio live radio itu dan menasihati Nurul Izzah supaya lebih sensitif menjaga aurat ketika berada di tempat awam.

Menurut Azrul, tudung yang dipakai oleh Nurul Izzah itu ada kalanya tersingkap dan menampak dadanya. Tambah beliau lagi, apa yang menjadikannya lebih teruk lagi apabila pakaian seperti baju kebaya yang dipakai oleh Nurul Izzah sedikit ketat pada bahagian dada sehingga menampakkan bentuk payudaranya.

Azrul : YB assalamualaikum.

Nurul Izzah : Waalaikumussalam.

Azrul : Hari itu kita ada jumpa dekat Bernama.

Nurul Izzah : Okay, hai.

Azrul : Okay, hat tu nak share sikit eh.

Nurul Izzah : Okay.

Azrul : Lepas ni, YB kena berhati-hati sikit sebab kadang-kadang YB pakai tudung kan?

Nurul Izzah : Yes.

Azrul : Tudung YB kadang-kadang terselak tau.

Nurul Izzah : Okay.

Azrul : Kadang-kadang ternampak part yang tidak sepatutnyalah.

Nurul Izzah : Okay. Baik. Terima kasih.

Azrul : Bila pakai kebaya, kebaya ketat tu kan, nampak bentuk tu lah. Nampak buah dada tu lah.

Netizen yang berasa bengang dengan insiden tersebut kemudiannya telah mempertikaikan tindakan pemanggil itu untuk membuat teguran sedemikian secara live Facebook.

Dasar lelaki pervert. Semoga YB selamat dari manusia pervert macam Azrul

Tak taulah kalau time tu bulan puasa ke tidak.

Dah tau macam tu, rendahkanlah pandangan. Pergi tenung lagi buat apa? Dah gila?

Agama ini jangan jadi alat ja.

Perlu ke sebut part apa.

Kau ingat Nurul Izzah itu bini kau ke nak tegur sampai macam tu?

Sumber : ohmymedia