Sherry Ibrahim Sekali Lagi Diduga Selepas Kedai Dipecah Masuk, Tudung Jenamanya Pula Dicuri & Rugi Hampir RM 35K!

Selepas satu, satu lagi ujian yang menimpa pelakon dan usahawan Sherry Ibrahim apabila tiga kotak tudung jenamanya, Sherry Scarves pula dicuri. Terdahulu, kedainya dipecah masuk oleh pencuri dan menyebabkan lapan telefon bimbit dicuri.

 

Hal itu diketahui oleh Sherry menerusi pekerjanya dan dia maklumlan 3 daripada 21 kotak hilang ketika dalam perjalanan. Dalam setiap kotak itu mengandungi 104 helai tudung. Aduhai banyak juga tu kan?

“Baru dua minggu lepas lapan telefon di pejabat kena curi, hari ini pula kes lain. Petang tadi dapat call saya diberitahu tiga kotak dari 21 kotak yang setiap satu mengandungi 104 helai tudung hilang dalam perjalanan ke kedai. Kotak-kotak selebihnya berada dalam keadaan basah,”

 

Walau bagaimanapun, Sherry redha dengan ujian yang menimpanya walaupun dia merasa sangat sedih sebenarnya. Kotak yang dibawa itu adalah stok untuk dibawa ke Brunei sempena event Letop Lebaran 2018. Ini adalah kali pertama Sherry pergi ke Brunei dan dia tidak mahu perasaan terujanya bertukar menjadi sedih kerana hal ini.

 

Dalam pada itu Sherry percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan tanda Allah sayang pada kita adalah melalui ujian. Posting yang mendapat hampir 7k likes itu disertakan juga dengan gambar laporan polis yang dibuat oleh Sherry.

Sherry mendedahkan jumlah kerugian yang harus ditanggung adalah sebanyak RM 35,000! Fuh banyak tu kan? “Tak semua orang sanggup nak susah untuk mencari rezeki yang halal. Mungkin itu cara segelintir orang untuk hidup senang,” 

 

Terdahulu, pejabat Sherry dipecah masuk dan menyebabkan 9 telefon bimbit yang menyimpan data pelanggan hilang. KD mohon Sherry bersabar saja dengan ujian ini..

Sumber: Mstar Online