Dah boleh balik rumah, Fendy Bakry mahu keluar cari barang dapur untuk buka puasa

Umum mengetahui bahawa pelakon Fendy Bakry dikatakan mengalami penyakit misteri sejak pertengahan bulan lepas. Beliau telah dikejarkan ke hospital dan doktor telah mengesahkan bahawa beliau menghidap penyakit buah pinggang dan sakit jantung. Doktor juga telah menahan beliau dan memberikan rawatan kepadanya.

Fendy juga turut berduka cita apabila terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita palsu yang mengatakan bahawa Fendy sekarang ini sedang mengalami sakit teruk dan tenat.

Walau bagaimanapun, beliau menepis dakwaan tersebut dan telah memuat naik status di Instagram Storiesnya.

“Doakan yang baik-baik untuk saya…”

 

 

Menerusi status yang dimuat naik oleh pelakon berusia 30 tahun itu, beliau menjelaskan keadaannya sekarang yang semakin sihat dan boleh pulang kerumah.

“Assalammulaikum kesayangan abang, Untuk makluman semua abang sihat saja kat sini. Sakit pun cuma sikit saja. Tak ada la sampai teruk sangat macam yang hangpa (kamu) tengok tu. Ironman pun boleh sakit, takkan la abang yang macam ni tak boleh sakit. Cuma sekarang, mendoakan saja la yang baik-baik untuk abang. Insya-Allah abang okey.”

Gambar terbaru yang dimuat naik Fendy.

Fendy juga telah memuat naik gambar terbaharunya di Instagram Stories. Fendy sebelum ini dilaporkan menjalani rawatan susulan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar iaitu pada Isnin lalu.

Pelakon drama bersiri Mr. Grey itu dibenarkan keluar hospital dan pulang berehat di rumahnya (Perlis) sejak semalam.

 

Tak mahu hadiah, cukup sekadar doa dari peminat.

Dalam statusnya itu juga, Fendy tidak mahu menyusahkan peminatnya yang ingin menghantar hadiah dan hanya meminta mereka mengirimkan doa sahaja.

“Yang mana nak bagi hadiah ke apa ke, tak payah la. Hangpa buat susah-susah saja. Kirim doa pun tak apa dah. Haa… Besar rahmat dah tu,”

 

Jangan dengar berita yang tak betul.

Menerusi statusnya di Instagram Stories, “Jangan duk dengar berita dari mana-mana. Hangpa (kamu) pun tak tahu berita yang keluar itu kadang betul, kadang salah. Tapi tak apa, esok-esok abang dah betul-betul sihat, abang cerita kat hangpa apa yang terjadi. Sekarang ini pun abang hanya memerlukan rawatan macam itu sahaja. Bukan untuk dilawat”.

Sumber : ohmymedia