“Tak Sabar Nak Pergi!” – Fattah Amin, Fazura Undang Peminat Ke Majlis Persandingan, Ramai Teruja Tak Sabar!

Kebanyakan selebriti hanya mengadakan satu majlis resepsi yang dihadiri keluarga dan rakan selebriti yang lain.

👰🏻 💍💖 #FattzuraFairytale. . @rizmanruzaini

A post shared by Nur Fazura (@missfazura) on

Namun berbeza buat pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura yang memilih untuk mengundang peminat mereka ke majlis persandingan kedua mereka!

Undangan berkenaan diumumkan Fazura dan Fattah di laman Instagram masing-masing beberapa jam yang lalu.

Kad undangan berwarna biru dan putih yang dimuat naik Fazura mendapat lebih 80K likes daripada pengikut laman Instagram biarpun dimuat naik tiga jam yang lalu.

Difahamkan majlis persandingan berkenaan bakal diadakan di Royale Palace, Shah Alam Selangor. Majlis yang diadakan petang Ahad ini disertakan dengan tema tradisional.

Rata-rata peminat dilihat teruja dan tidak sabar untuk hadir ke majlis selebriti pujaan mereka.

Sumber Instagram Fazura