“Alasan Tak Masuk Akal!” -Watie Tak Tahu Kena Bayar Wang, Hana Belum Terima RM112K?

Tuntutan hutang antara Hana Adnan dan Watie Sadali nampaknya masih belum selesai biarpun ianya telah diputuskan beberapa bulan yang lalu.

Difahamkan Watie masih tidak membayar sesen pun wang berjumlah RM112,000 kepada Hana seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada Oktober tahun lalu.

Hana atau nama penuhnya Norhanasafiza Mat Adnan memberitahu bahawa Watie memberikan alasan kononnya tidak mengetahui keputusan mahkamah sekaligus menjadi punca dia tidak melunaskan hutang tersebut.

Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu.

Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut. Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal,” katanya.

Difahamkan Watie diperintah membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi memadamkan nama Hana yang disenaraihitamkan. Jumlah itu perlu dilunaskan dengan bayaran permulaan sebanyak RM99,500 sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat.

Keputusan itu dibuat selepas Watie tidak mampu membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.81 selepas gagal melunaskan bayaran pinjaman bank yang menggunakan namanya bagi membeli sebuah kenderaan jenis Toyota Wish.

Ekoran kegagalan berkenaan, Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan tidak boleh ke luar negara.

 

Sumber mStar