“Kita Perlu BANGGA Dapat Anugerah Baby Special!” -Sah Bayi Dalam Kandungan Sumbing, Isteri Lan Solo Redha Dan Mahukan Anak Sihat

Isteri kepada penyanyi Lan Solo yang juga merupakan bekas finalis Gegar Vaganza 4 (GV4), Nur Sheila Hassim mengesahkan bahawa bayi dalam kandungan sumbing setelah berjumpa dengan doktor.

Biarpun bayi yang bakal di lahirkannya mengalami kecacatan fizikal, Sheila tidak kisah dan hanya mahukan anak dalam kandungannya itu sihat.

Bahkan Sheila dalam laman Instagramnya sempat berkongsi foto imbasan kandungan 4D bayi berkenaan.

Lama KY tak update psl baby kan. Alhamdulillah dah #33weeks. Baby sihat dan aktif sangat-sangat! Ok, ini latest scan 4D yang baru kami buat.

Memang SAH & CONFIRM baby kami cleft. Cuma tak pasti cleft lip sahaja atau cleft palate skali dan ukuran cleft tu pun sangat kecik. 0.33cm sahaja still comel!

Semua tu tak penting, yang menjadi keutamaan kami sekarang adalah kesihatan baby dan mommy. “Oh ye, she’s a GIRL! So @lansolo_official ada 3 anak dara dan 1 mak dara untuk dijaga hatinya haha ini bermakna kuota 4 dah FULL!” tulisnya.

Malah wanita berkenaan juga sempat berpesan kepada wanita di luar sana supaya bangga dan berfikiran positif jika dikurniakan bayi istimewa.

“Dear mom & dad out there.. kita perlu BANGGA bila kita dapat anugerah baby special ni dari Allah. Allah bagi extra income untuk kita tambah pahala sebab?

Diuji kesabaran kita – pahala. Diperkatakan tentang anak – pahala. Diumpat – pahala. Dikeji – pahala. See.. Allah bagi kelebihan then ENJOY IT mom! Positif. #LanSolo #LAN #AnakAnakLanSolo #AnakDaraKetiga #CleftBaby,” tulis Sheila lagi.

Difahamkan bayi perempuan ketiga ini bakal dilahirkan pada bulan Mac hadapan.

Terdahulu Sheila dimasukkan ke hospital selepas mengalami kebocoran air ketuban.

Sumber Astro Gempak