Aadam Zac Izette & Aaleph Zeke Izette Nama Anak Kembar Zizie Izette

Pelakon Zizie Izette malam tadi mengumumkan nama anak kembarnya iaitu Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette kepada umum.

Menerusi entri di Instagram (IG), Zizie telah berkongsi buat pertama kali gambar anaknya yang kini berusia sebulan satu hari.

“Salam dan hello kepada semua. Inilah hero kami.

“Aadam Zac Izette (atas) dan adik lelakinya Aaleph Zeke Izette. Gambar ini dirakam ketika mereka baru berusia 20 hari.

“Alhamdullilah, hari ini mereka sudah berusia sebulan sehari. Terima kasih di atas doa-doa anda dalam komen sebelum ini. Semoga Allah merahmati anda,” tulisnya.

Menerusi ruangan komen, pengikut IG memuji kecomelan anak kembar Zizie dan mereka berharap agar anaknya dapat membesar dengan sihat.

Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette dilahirkan pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court.

Zizie telah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Bung Mokhtar pada Disember 2009.

Sebelum ini, pasangan itu mempunyai dua orang anak angkat iaitu Naila Nurjenna, 3, dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.

Sebelum ini pelakon Datin Seri Zizie Izette dan suaminya, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin memilih nama Adam dan Alif untuk bayi kembar mereka.

“Buat masa sekarang, kami memilih nama pertama dulu. Nanti, ada nama tengah mereka yang akan dipilih oleh Zizie.

“Minggu depan kami akan daftarkan dan buatkan MyKid mereka,” kata Bung Moktar ketika dihubungi oleh Harian Metro di Kinabatangan.

Bayi kembar itu dilahirkan pada 29 Disember lalu di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur.

Zizie atau nama sebenarnya Zizie Izette Abdul Samad, 39, selamat mendirikan rumah tangga dengan Bung Mokhtar pada Disember 2009.

Sebelum ini, pasangan itu mempunyai dua orang anak angkat, Naila Nurjenna, 3 dan Aaric Zayn Izette, 7 bulan.