12 Watak Filem Yang Hampir ‘Di-Sailang’ Oleh Pelakon Hollywood Yang Lain

Tidak kiralah watak apa pun untuk mana-mana filem ataupun drama, pengarah filem tersebut pastinya mengambil masa untuk memilih pelakon-pelakon untuk memainkan watak-watak yang penting, terutamananya watak utama. Kadang-kala ramai pelakon diuji bakat sebelum yang sesuai dipilih. Tetapi apa yang ramai tidak tahu, beberapa pelakon terkenal akan menolak tawaran pengarah sebelum ada yang akan menerima watak tersebut.

12. John McClane – Die Hard

Pada asalnya, pengarah memilih Arnold Schwarzenegger untuk melakonkan watak ini. Cerita ini hampir menjadi filem kedua kepada filem ‘Commando’ tetapi kerana Arnold menolak tawaran yang diberi atas sebab masalah etika, rancangan tersebut telah dibatalkan. Akhirnya, watak John dimainkan oleh pelakon filem komedi, Bruce Willis.

11. Tony Stark – Iron Man


Filem Iron Man dibeli oleh Universal Studios pada tahun 1990 dan pelakon seperti Nicolas Cage dan Tom Cruise berminat untuk memainkan watak utamanya pada tahun 1997. Setelah cerita tersebut digubah sebanyak beberapa kali, mereka hanya memulakan rakaman pada tahun 2006 dan Robert Downey Jr. yang memainkan watak Tony.

10. Neo – The Matrix


Pilihan pertama pengarah The Matrix merupakan Will Smith tetapi beliau terpaksa menolak tawaran tersebut atas sebab terlalu sibuk. Will juga berpendapat bahawa beliau kurang matang untuk memainkan watak tersebut pada waktu itu.

9. Jack Dawson – Titanic


Pengarah filem Titanic, James Cameron, tawarkan watak ini kepada Matthew McConaughey sebanyak dua kali sebelum watak tersebut diberikan kepada Leonardo DiCaprio.

8. Batman – Batman (1989)


Mel Gibson berpendapat bahawa filem Batman (1989) tidak akan mendapat sambutan yang baik semasa dia menolak tawaran untuk memainkan watak utama. Anda rasa dia menyesal tak setelah filem tersebut berjaya meraih 400 juta USD?

7. Django – Django Unchained


Will Smith sekali lagi menolak tawaran watak yang hebat. Kali ini, sebabnya merupakan pendapatnya yang menganggap plot cerita tersebut kurang menarik.

6. Dr Robert Neville – I Am Legend


Filem ini sepatutnya dikeluarkan pada sekitar tahun 90-an. Arnold Schwarzenegger dipilih untuk watak ini. Walau bagaimanapun, rakaman cerita serba gelap dan muram ini dibatalkan. Pada tahun 2002, filem ini berjaya diterbitkan. Arnold menjadi pengarahnya dan watak utamanya dimainkan oleh Will Smith.

5. Edward Lewis – Pretty Woman


Sebelum rakaman, Al Pacino dan Julia Roberts siap berlatih untuk memainkan watak-watak utama filem ini. Kemudian, Al merasakan dirinya tidak meminati filem tersebut dan Richard Gere pula mengambil alih watak tersebut pula.

4. Vivian – Pretty Woman


Atas sebab pertengkaran dengan kru filem tersebut, Diane Lane menolak tawaran watak ini. Michelle Pfeiffer pula tidak suka pada plot cerita ini.

3. Jack Sparrow – Pirates of the Caribbean


Lanun kegemaran ramai ini sebenarnya merupakan watak yang direka khas untuk pelakon Hugh Jackman. Atas sebab beliau kurang popular diluar negara Australia, beliau digantikan dengan Johnny Depp pula.

2. Michael Corleone – The Godfather


Sebenarnya, studio Paramount inginkan pelakon popular seperti Warren Beatty dan Robert Redford untuk memainkan watak ini. Walau bagaimanapun, Francis Coppola memilih Al Pacino.

1. Christian Grey – Fifty Shades of Grey


Ryan Gosling menolak tawaran untuk memainkan watak ini dan Robert Pattinson dianggap kurang sesuai setelah Robert berlakon dalam cerita Twilight.

kredit taikotai