Mahu beli kasut tetapi hanya ada RM1.60, Siapa sangka wanita baik hati ini belikan lelaki miskin kasut berharga RM145!

Bagi penganut agama Kristian, perayaan Hari Natal merupakan waktu di mana mereka akan saling memberi sebagai tanda penghargaan atas segala yang mereka miliki. Sempena 25 Disember ini, seorang wanita muda telah melakukan satu tindakan yang sangat menyentuh hati sekali gus membuatkan dia bukan sahaja dikenali ramai tetapi disanjungi.

Facebook

Perbuatan mulia wanita ini telah dirakamkan oleh seorang pengurus kedai kasut yang terletak di Muntilupa, Filipina.

Menurut Coconuts, seorang lelaki yang berpakaian usang dan hanya berselipar telah memasuki kedai kasut tersebut dengan niat untuk membeli kasut baharu.

 

“Dia telah memilih sepasang kasut yang bernilai RM97. Anda boleh tahu dia kelihatan seperti seorang yang rajin bekerja, seperti melakukan pekerjaan yang susah,” kata pengurus tersebut menerusi Facebook.

Selepas memilih kasut berkenaan, lelaki ini terus mengeluarkan duitnya sebanyak RM1.60 dan mula mengira untuk memastikan dia mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli kasut itu.

Namun menyedihkan, lelaki ini dengan serta-merta menyedari bahawa dia tidak mempunyai wang yang mencukupi.

Semasa kejadian tersebut, seorang pelanggan yang turut berada di kedai tersebut iaitu Lil telah mendekati lelaki ini dan bertanya jika dia mahu memilih kasut yang lain.

Lantaran itu, lelaki ini terus memilih sepasang kasut yang berharga sekitar RM145. Tanpa berkata apa-apa, Lil telah menggunakan wangnya untuk membayar harga kasut yang dimahukan lelaki tersebut. Setelah itu, Lil mengucapkan ‘Selamat Hari Natal’ kepadanya dalam bahasa Tagalog sebelum berlalu pergi.

Menurut pengurus kedai kasut tersebut, “Dalam dunia yang penuh dengan penipuan, kekecohan dan kebencian, masih ada insan yang baik hati dan memiliki sikap empati kepada orang lain”.

“Hari Natal sememangnya hari untuk berkongsi tanpa mengharapkan sebarang balasan”.

Seorang wanita biasa telah berjaya membuatkan hari seorang lelaki menjadi indah. Apa yang anda lakukan hari ini? Kongsikannya bersama kami di ruangan komen.

Sumber: World of Buzz

Jika anda suka dengan kisah ini. Sila berikan sokongan dengan KONGSI bersama rakan anda supaya kami dapat terus berusaha menyediakan kandungan berkualiti buat tatapan komuniti semua. Ribuan Terima Kasih.

Era Baru